Penerbitan Terbaik dari Langit (filem)

Filem ini merupakan filem pertama bagi kebanyakan krew penerbitan filem ini. Filem ini ialah filem terbitan pertama Playground Productions, skrip filem pertama oleh Redza Minhat, arahan fotografi filem pertama oleh Jordan Chiam, rakaman bunyi lokasi filem pertama Fauzan Aziman, dan sentuhan busana filem pertama oleh Nawal Jes Izman. Proses pra-produksi telah dimulakan enam bulan awal.[2]Filem ini dirakamkan dalam tempoh 35 hari pada Mac 2013 di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. Tarikh pengambaraan filem ini asalnya dijadualkan pada November 2012 tetapi telah ditunda kerana ramalan kaji cuaca serta perubahan lokasi pengambaraan. Lokasi penggambaran, asalnya ialah Pahang dan Terengganu sebelum ditukar kepada Selangor dan Perak.[8] Filem ini pada mulanya dikenali sebagai Bikin Filem sebelum ditukar tajuknya menjadi "Terbaik Dari Langit". Penggambaran filem ini telah bermula sebelum filem pertama Nik Amir, KIL ditayangkan di pawagam.[9] Bront Palarae mengulas beliau memilih untuk membintangi filem ini kerana "...antara skrip filem terbaik yang pernah saya baca."[10] Megat Sharizal telah menambah berat badannya sebanyak 15kg untuk membolehkan dia mendapatkan tubuh badan fizikal wataknya (Ali) di dalam filem ini. Babak di sekolah telah dirakamkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf.[4]

Filem ini juga menyelitkan 2 adegan sebagai tanda penghormatan kepada filem-filem dahulu iaitu adegan Batu Belah Batu Bertangkup (Talentime, diarahkan oleh Yasmin Ahmad)[4] dan adegan melibatkan UFO (XX Ray, diarahkan oleh Aziz M. Osman).